Tapawfood: Lebih 10,000 pengguna telah berdaftar

LANGKAWI, 23 Disember- Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) Dr. Hezri Adnan memaklumkan, satu aplikasi cetusan syarikat tempatan; Tapawfood, menyediakan perkhidmatan menghantar makanan dalam talian khusus untuk pulau itu.

Jelasnya, inisiatif sedemikian wajar dibantu dan diperluas kerana membantu perkembangan ekonomi selain menyediakan peluang pekerjaan kepada warga tempatan.

Beliau ditemui media selepas Program Libat Urus Usahawan Perniagaan bersama Tapawfood Services di Langkawi.

Ketua Pegawai Eksekutif Tapawfood Services, Zabel Iqbal Zainon, berkata, setakat November lalu, seramai 255 vendor makanan termasuk lima restoran makanan segera telah berdaftar dengan aplikasi tersebut.

Setakat ini, lebih 10,000 orang pengguna telah berdaftar dan menggunakan Tapawfood.

Sumber: https://berita.rtm.gov.my/index.php/semasa/24316-tapawfood-lebih-10-000-pengguna-telah-berdaftar

Tapawfood is an online food & mart delivery services focused in Langkawi Island.

Leave a reply:

Site Footer

Sliding Sidebar

Archives

Categories